Isnin, 30 September 2013

Hangat!! PDRM Hilang 156 Gari, 44 Unit Senjata Api Dan dan 29 Buah Kenderaan - Laporan Audit Negara 2012, Jom Terjah!!!


Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan.

Laporan audit itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga ibu pejabat polis kontinjen yang disemak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Antara kelemahan itu ialah kelewatan mengesan kehilangan dan seterusnya membuat laporan dan menjalankan siasatan serta kelewatan mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan.

Ketua jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab perlu membuat laporan polis berhubung kehilangan sesuatu aset dalam masa 24 jam. Bagaimanapun, semakan audit Jabatan Audit Negara mendapati 19 kes dilaporkan antara 2 hingga 241 hari daripada tarikh kehilangan.

Semakan audit itu turut mendapati pegawai yang bertanggungjawab telah lewat menyediakan laporan awal dan dalam sesetengah kes sehingga lebih tiga tahun.

Laporan audit itu juga memberikan dua contoh kes kehilangan senjata api dan peluru pada 23 Mac 1980 dan 12 Disember 2002 di IPK Johor yang laporan awal oleh ketua jabatannya hanya disediakan pada 9 Oktober 2010.

Sementara itu, laporan audit itu juga mendapati tidak ada tempat penyimpanan selamat bagi aset dan ruang penyimpanan terhad atau sempit.

Susulan audit berkenaan, PDRM dalam maklum balasnya kepada Ketua Audit Negara memaklumkan ia akan mewujudkan satu sistem pemantauan yang lebih cekap dan berkesan.

Ia juga akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti kelemahan dan memberi cadangan penambahbaikan proses menyiasat kehilangan aset termasuk tindakan disiplin terhadap mereka yang cuai.

Menurut laporan itu juga, pihak pengurusan PDRM dalam satu mesyuarat pada 16 Mei 2013 telah memutuskan satu prosedur operasi piawai (SOP) disiapkan bagi menggariskan panduan menguruskan kehilangan aset. SOP itu dijangka siap pada akhir tahun ini.

PDRM juga memaklumkan kelewatan proses hapus kira kehilangan aset itu juga berlaku kerana kurang pengetahuan dan kesedaran di kalangan pegawai dan anggota pasukan itu mengenai tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kehilangan aset alih kerajaan.

Untuk itu, ia telah mengambil tindakan menambah pengetahuan dan kesedaran pasukan mengenai tindakan yang perlu dilakukan serta menggariskan sistem kerja yang betul bagi mengelak kejadian berulang.

...sumber astroawani...

Gambar Menakjubkan Katak Bantu Rakannya Yang Hampir Jatuh..."MUGA JADI TAULADAN"




Seekor katak kelihatan sedang membantu temanya dengan menjulurkan kaki belakangnya untuk mencapai sebuah ranting.

Katak berwarna hijau itu cuba untuk memanjat rnting dengan di bantu temannya, katak bermata merah itu memberikan kaki belakangnya sebagai pijakan untuk membantu temanya menuju ranting.



....SUMBER....

Ahad, 29 September 2013

TNB Perkenal Bil Baharu, Mulai 1 Oktober

BIL BERWAJAH  BARU

..."BERWAJAH BARU... ADA MAKSUD TU"...


Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober.

Menurut kenyataan TNB hari ini, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.

"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.

Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan. - Bernama





Runtuh lagi di Terengganu!! Lagi Bumbung Masjid Runtuh...

Sebuah masjid dilaporkan runtuh sebahagiannya pada pagi ini di Kampung Tebauk dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini, dan ia merupakan masjid kedua yang roboh pada tahun ini selepas masjid Kampung Binjai Kertas beberapa bulan lalu.

Beberapa rakan media telah mengesahkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun berkejar untuk meyiasat kejadian tersebut.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Haji Iszeham Ali, masjid tersebut juga merupakan sebuah masjid yang baru dibina dan kira-kira hanya baru setahun setengah digunakan oleh orang ramai.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan..


Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah hukum karma' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.

Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.

Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaikpulih.

Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai.

Harakahdaily difahamkan, masjid yang bernilai lebih RM2 juta itu baru digunakan hampir dua tahun lalu dan masih belum dirasmikan.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh: 12 April 2008 Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Tarikh: 2 Jun 2008 Harga: RM292 juta Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor Tarikh: 5 Jun 2008 Harga: RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal Tarikh: 29 Jun 2008 Harga: (terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – tumbang. Tarikh: 6 Ogos 2009 Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh: 3 Oktober 2009 Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011 Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

11. Astaka dalam pembinaan di Besut Tarikh: 21 Jun 2012

12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang Tarikh: 19 Julai 2012

13.Tangki air Sekolah Menengah Paka Tarikh: 24 Julai 2012

14. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai Tarikh: 30 Disember 2012

15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih Tarikh: 20 Februari 2013

16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Tarikh: 20 Mei, 2013 Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:
1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta 7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah 10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu


Ribuan fosil tapak kaki dinosaur ditemui



Washington: Beribu-ribu fosil tapak kaki dinosaur pemakan daging dan daun, ditemui di sepanjang Sungai Yukon di Alaska baru-baru ini, kata saintis.

Profesor geologi Universiti Alaska Fairbanks, Paul McCarthy berkata, beliau terkejut dengan jumlah fosil berjaya ditemui ketika melakukan ekspedisi bersama pasukannya.

“Kami temui fosil tapak kaki dinosaur hampir di semua lokasi yang kami lalui. Kesannya di sepanjang Sungai Yukon terlalu banyak. Kami dapat mengumpul sehingga 50 spesimen hanya dalam tempoh 10 minit,” katanya.


Tidak seperti tapak kaki dinosaur yang lain, banyak fosil ditemui di Alaska membonjol dari batuan dan tidak lekuk ke dalam.

Ketua Jabatan Paleontologi di Muzium Alam Semula Jadi Amerika, Mark Norell, berkata beliau kini memikirkan apa yang sebenarnya berlaku di atas kawasan basah dan berpasir itu berjuta-juta tahun lalu.

Fosil tertimbus

“Ribut besar dan tiupan angin akan menyebabkan fosil itu tertimbus tanah liat dan tidak kelihatan.

“Selepas berjuta-juta tahun acuan tanah liat itu, membentuk kesan tapak kaki seperti yang kita lihat sekarang. Ia adalah kesan sebenar tapak kaki haiwan itu ketika ia hidup,” katanya kepada stesen berita Perbadanan Penyiaran Amerika (ABC).

Wujud banyak laman web dipenuhi dengan fosil dinosaur kawasan sekitar Amerika Amerika Syarikat, tetapi Alaska belum diterokai dengan rapi setakat ini. - AGENSI 

Jumaat, 27 September 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM | Wajib Baca !!!




by QUE ACHMAD
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM | Wajib Baca !!! | Kalau anak tanya, orang pertama cipta telefon? Kita akan boleh jawab Alexander Graham Bell.. Org pertama tulis bismillah ?????? Anak kalau tanya susah nak jawab.. So simpan nota perkongsian dari Abe ni..
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah x SHARE sebab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH... Jom share !!! sebarkan.... Ni pun ilmu jgk...

...SUMBER...

Selasa, 24 September 2013

Alangkah untung orang Selangor...Negeri lain macam mana....eg. Johor...SELANGOR NAIKKAN HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI KEPADA RM3000



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini. 

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau. ...SUMBER...





Isnin, 23 September 2013

Muka lelaki ini diduduk oleh para wanita demi kempen keamanan


KATA DIA"DIA SEDANG MENJAYAKAN kempen anti perang dan keamanan dunia"

Memang macam2 manusia ini

"INI LAH MANUSIA MUKA BONTOT" LIHAT LAH GAMBAR2 DIBAWAH yang aku ciluk dari ...SUMBER...

Seorang aktivis bernama Roman Shusterman melakukan aktiviti yang teramat aneh demi menjayakan kempen anti perang dan keamanan dunia.

Dia menjadikan wajahnya sebagai alas duduk para wanita cantik di Union Square dengan slogan kempen "Peace Through Face Sitting". Banyak gadis cantik yang "menyertai" dalam kempen tersebut.








Ahad, 22 September 2013

Suku Kaum Yang Masih Enggan Memakai Pakaian

AKU ciluk aje dari ...sumber ini...Kalaulah  di Gelang Patah......emak oiiii....


Suku Xingu adalah salah satu dari suku kaum yang masih tidak menggunakan pakaian. suku xingu ini tinggal di dalam hutan tebal Amazon. Walaupon kaum ini adalah dari pendalaman, tetapi mereka dihormati oleh penduduk Amerika Latin kerana adab dan budaya kaum ini.





...SUMBER....

Ketua Syiah buat laporan polis, cabar institusi raja

JANGAN BAGI MUKA PADA SYIAH



Tindakan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri, Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lalu boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) – Bernama
Beliau berkata, ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).
“Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekali gus mereka mencabar kedudukan Sultan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau, hari ini.
Jamil Khir berkata, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.
Katanya, beliau akan bertemu dengan penguatkuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.
Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.
Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja’afariah di Kedah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram. – Bernama


Sabtu, 21 September 2013

Isu Chin Peng: Najib,UMNO,Perkasa & KPN Tidak Tahu Undang-undang

Timbalan Menteri: Kerajaan tidak boleh halang abu mayat Chin Peng pulang

Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

“Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka,” tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.

Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara.

“Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya,”
 kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada ulangtahun sambutan Hari Malaysia ke 50, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89.

Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk.

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini.

Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, jika mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia, mengapa tidak Chin Peng.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Menurutnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama stesen radio BFM semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan “naïf” dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk disemadikan.

Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu. -TMI

Jumaat, 20 September 2013

RAHSIA PINTU KAABAH...DIBINA DARI SOLID GOLD SEBERAT 8 TAN DAN HANYA BANI SYAIBAH BOLEH MEMBUKANYA



Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.


Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.



Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Sikap munafik Najib, pemimpin umno, Ketua Polis Negara, bekas polis dan lain-lain diselar oleh Rahim Noor, Bekas KPN

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989.

Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".

Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.

Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.

Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia.

Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya.

Beliau memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana Tsunami melanda wilayah Acheh.

Para pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik, ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia selepas perjanjian damai dimeterai.

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak tercapai.

Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa.

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.

Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan.

Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air. - sumber

Khamis, 19 September 2013

ANTARA PERANTAU, PENDATANG DAN PATI...


SATU PANDANGAN
...aku celok dari SUMBER...

Mengikut istilah, PERANTAU adalah seseorang yang melakukan perjalanan atau penghijrahan dari sesuatu kawasan dalam wilayah, negeri, daerah atau kampungnya ke kawasan lain untuk memulakan hidup baru.  

PERANTAU adalah golongan yang sentiasa mengingati kampung halamannya apatah lagi menjelang hari raya. Maka berdendang-dondanglah lagu-lagu raya yang mengimbau kenangan manis hubungan persaudaraan si perantau dengan keluarga dan kampung halamannya.

Sebab itulah ada kalanya anak-anak di perantauan akan menangis kehibaan apabila tidak dapat balik kampung bila tiba hari raya. Apatah lagi bercucuranlah air mata bila mendengar laguDendang Perantau nyanyian Tan Sri P. Ramlee.

Dalam masyarakat Melayu seperti Minangkabau, sikap merantau telah diterap dan sebati dalam jiwa sanubari anak-anak Minang. Ia merupakan satu kemestian bagi membuktikan kelakian seseorang anak Minang itu. Sebab itu wujudnya nama-nama tempat seperti Rantau Panjang, Kampung RantauRantau Abang dan Rantau bagi mengenang sikap berkelana anak-anak perantauan tersebut.

Begitu juga dengan etnik-etnik Melayu yang lain suka merantau dan digalakkan merantau sehinggakan begitu banyak nama-nama wilayah dan kampung asal mereka diletakkan di tempat-tempat mereka bermastautin di bumi asing. Contohnya seperti Bukit Tinggi, Kampung Kerinchi, Padang Jawa, Kampung Acheh dan sebagainya.
Orang-orang Melayu sejak zaman berzaman merantau di' tanah-tanah airnya' yang menjalar dari Madagaskar hingga ke Pasifik. 

Berbeza dengan istilah PENDATANG. Golongan ini samada ada datang kerana lari dari sesuatu musibah atau didatangkan khas dari sesebuah wilayah yang asing ke wilayah yang asing bagi memenuhi maksud-maksud tertentu. Golongan pendatang ini telah diberi keizinan untukmenumpang dan memulakan hidup baru di atas belas ihsan tuan-tuan tanah di sesuatu tempat.

Begitu juga dengan istilah PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI). Kalau dulu disebut sebagai pendatang haram, namun atas ‘belas ihsan’ tuan-tuan rumah juga maka ditukarnya kepada PATI. Kini 1.3 juta PATI berkeliaran di negara kita hingga menimbulkan banyak masalah termasuklah bersepah di penempatan-penempatan haram yang dikenali sebagai Mini Jakarta, Lubuk Bangla, Kampung Filipina, Little Nepal, Pot Nigeria, Flat Vietnam dan sebagainya. Kebanyakkan PATI ini bekerja sebagai buruh -buruh kasar, namun tak kurang juga jadi jalang-jalang dan keldai-keldai dadah yang dilindungi oleh sindiket-sindiket  yang kebiasaanya dimonopoli oleh kaum-kaum pendatang.


                                         Statistik pekerja-pekerja asing dan PATI di Malaysia  sehingga Ogos 2013

Kebanyakkan PENDATANG dan PATI tidak mempunyai sifat kesetiaan dan kasih sayang kepada negara yang ditumpanginya. Kadang kala bersikap kurang ajar terhadap tuan-tuan tanah atau tuan-tuan rumah yang memberi izin menumpang kepadanya.
Ada sesetengah golongan PENDATANG atau PATI ini berjaya menikmati pelbagai kemewahan sehingga melebihi kemampuan anak-anak tuan rumah. Mereka mendapat kemewahan ada dengan cara yang halal, tapi ada juga cara yang haram. Namun disebabkan sifat tamak haloba, angkuh dan mementingkan diri sendiri yang dibawa turun temurun dari tempat asal mereka menyebabkan golongan ini selalu biadap terhadap tuan-tuan rumah. Yang anehnya, golongan pendatang-pendatang kaya ini sering terjerit-jerit mengatakan bahawa golongan mereka paling tertindas.

                                               Golongan pendatang berbondong lari dari wilayah asal kerana
                                                terseksa di kampung halaman mereka. Kini di negara orang 
                                           mereka mengajar orang lain supaya menuruti kehendak mereka.

Dalam benak fikiran pendatang-pendatang ini, mereka sudah bayar cukai yang banyak kepada negara ini.  Jadi tuan rumah harus melayan segala kehendak tembolok mereka. Namun mereka lupa bahawa tuan-tuan rumah ini sebenarnya lagi kaya. Bukan setakat bayar pelbagai cukai tapi bayar lebih banyak wang zakat, fitrah, sedekah, infaq dan wakaf. 

Sebagai pribumi asal majoriti di negara ini, tuan-tuan tanah juga telah berjasa menumpangkan nenek moyang pendatang ini dulu dengan bersetuju memberikan kewarganegaraan percuma (jus soli) sebagai syarat kemerdekaan dari penjajah.

Namun dasar pendatang tetap pendatang, mereka jenis tak tahu bersyukur dan tetap mahu merampas hak-hak tuan tanah dengan memberontak sebagai komunis durjana. Kini sifat-sifat kedurjanaan warisan komunis itu terus mengalir ke dalam benih-benih keturunan jus soli ini. Hinggakan bangkai dan abu kepala komunis yang tidak pernah menjadi warganegara pun hendak ditanam di laman rumah tuan tanah.

Adalah menjadi kewajipan kepada tuan-tuan tanah agar bertegas mengajar dan menghukum pendatang-pendatang yang kurang ajar ini untuk ikut segala aturan dan hormat tuan-tuan tanah tempat mereka tumpangi selama ini. Negara tuan tanah adalah tanggungjawab tuan tanah. Kalau pendatang tak suka, mereka boleh berambus dari negara tuan rumah.