Beli Rumah: FOMCA cadang bayaran muka 10% dihapus
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusuf Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan supaya bahan binaan seperti simen dan keluli dijadikan barangan kawalan.
Ujar beliau, bagi mengelakkan kenaikkan harga rumah yang semakin meningkat, kerajaan perlu mengawal dua bahan tersebut seperti yang pernah dilakukan sehingga tahun 1998.
Selain itu katanya lagi, bayaran muka sebanyak 10 peratus juga perlu dihapuskan kerana ia tidak memberi jaminan bahawa golongan itu terutamanya yang baru menempuh alam pekerjaan dapat membeli sebuah rumah yang sempurna.
“Downpayment sebanyak 10 peratus cukup membebankan pembeli untuk mendapatkan rumah,” kata beliau ketika membentangkan kerja kerjanya di Seminar Forum Kesedaran Rakyat (Fikir) dengan tema ‘Perumahan Untuk Rakyat’ di sini, kelmarin.
Pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk isu perumahan masa kini turut mencadangkan kepada kerajaan agar setiap pemaju dikenakan levi beberapa peratus untuk diberikan kepada agensi kerajaan.
Katanya lagi, akta pemjau perumahan yang digubal pada tahun 1996 lebih memanjakan pemaju daripada pembeli iaitu rakyat dengan pelbagai kos yang membebankan mereka seperti kos guaman, bayaran muka 10 peratus dan sebagainya.
“Sedangkan pemaju tidak dikenakan sebarang bayaran, sekatan atau peraturan dan kerajaan juga perlu mengawal agensi hartanah yang menjadi punca kenaikan harga rumah,” tegas beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad turut hadir.
Sumber Harakahdaily BM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan