KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Sebanyak 462,940 calon menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terakhir, di 3,530 pusat
peperiksaan di seluruh negara, hari ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM),
peperiksaan itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 9 Okt.
Mengikut pecahan, sebanyak 430,146 adalah calon sekolah kerajaan,
bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon
sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (6,024 orang), calon sekolah
menengah agama negeri (9,906 orang ) dan calon sekolah swasta (13,637
orang).
Sementara itu, calon persendirian 1,008 orang dan calon sekolah menengah agama rakyat 2,219 orang.
PMR yang diperkenalkan sejak 1992 akan dimansuhkan mulai tahun depan.
Di TERENGGANU, 22,497 calon mengambil peperiksaan itu di 183 pusat peperiksaan di sekolah dan enam di hospital.
Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Husin berkata 158 calon merupakan
Calon Berkeperluan Khas (CBK) termasuk mereka yang buta, rabun, pekak
dan bisu.
"Bagi calon ini, kita telah sediakan kertas peperiksaan khas seperti
kertas peperiksaan cetakan Braille dan cetakan besar serta masa tambahan
antara 15 hingga 40 minit diberikan untuk mereka," katanya kepada
Bernama.
"Seorang calon dari Hulu Terengganu kita klasifikasikan sebagai calon
rabun tiba-tiba, yang mana beliau tidak mengalami apa-apa masalah semasa
mendaftar sebagai calon PMR dahulu.
"Tetapi pada dua minggu terakhir ini, beliau disahkan oleh doktor
mengalami masalah rabun dan kita kategorikan beliau sebagai calon rabun
tiba-tiba dan beliau akan diberikan kertas peperiksaan cetakan besar
seperti calon CBK yang lain.
Tinjauan Bernama di sekitar sekolah di bandar raya ini pada hari pertama
peperiksaan mendapati, seawal jam tujuh pagi ramai ibu bapa menghantar
anak-anak mereka untuk menduduki peperiksaan dan ada di antara mereka
yang mahu menunggu di sekolah untuk solat hajat dan membaca surah Yasin
sehingga anak mereka selesai menjawab peperiksaan.

-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan